Assalamu'alaikum Wr. Wb. ...
Berikut ini merupakan sebuah kisah
yang didapat dari rekan saya ...
Insya Allah bermanfaat dan bisa kita
jadikan ibrah (pelajaran).
Kisah ini diceritakan oleh seorang
ustaz yang bertugas memandikan mayat
orang Islam di hospital.
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya
menerima panggilan dari Hospital Tengku
Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk
menguruskan jenazah lelaki yang
sudah seminggu tidak dituntut. Di luar
bilik mayat itu cukup dingin dan
gelap serta sunyi dan hening. Hanya
saya dan seorang penjaga bilik
tersebut yang berada dalam bilik
berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati
penutup muka jenazah.
Kulitnya putih,badannya kecil dan
berusia awal 20-an. Allah Maha
Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka
jenazah itu sedikit demi sedikit
bertukar menjadi hitam. Mulanya saya
tidak menganggap ia sebagai aneh,
namun apabila semakin lama semakin
hitam, hati saya mulai bertanya-tanya.
Saya terus menatap perubahan itu
dengan teliti, sambil di hati tidak
berhenti-henti membaca ayat-ayat suci
Al-Quran. Detik demi detik
berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima
minit berlalu, barulah
ia berhenti bertukar warna. Ketika itu
wajah mayat berkenaan tidak lagi
putih seperti warna asalnya, tetapi
hitam seperti terbakar. Saya keluar
dari bilik berkenaan dan duduk
termenung memikirkan kejadian aneh yang
berlaku itu. Pelbagai pertanyaan
timbul di kepala saya; apakah yang
hitam?
Persoalan demi persoalan muncul di
fikiran saya. Sedang saya termenung
tiba-tiba saya dapati ada seorang
wanita berjalan menuju ke arah saya.
Satu lagi pertanyaan timbul, siapa
pula wanita ini yang berjalan seorang
diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi?
Semakin lama dia semakin hampir,
dan tidak lama kemudian berdiri di
hadapan saya. Dia berusia 60-an dan
memakai baju kurung.
"Ustaz," kata wanita itu.
"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah
seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi
saya nak tengok jenazahnya." kata
wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda
tanya, namun saya membawa juga wanita
itu ke tempat jenazah tersebut. Saya
tarik laci 313 dan buka kain penutup
wajahnya. "Betulkah ini mayat anak
mak cik?" tanya saya. "Mak
cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Mak
cik lihatlah betul-betul." kata
saya. Selepas ditelitinya jenazah
berkenaan, wanita itu begitu yakin
yang mayat itu adalah anaknya.
Saya tutup kembali kain penutup mayat
dan menolak kembali lacinya kedalam
dan membawa wanita itu keluar dari
bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya
kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah
kepada saya apa sebenarnya yang berlaku
sampai wajah anak mak cik bertukar
jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu
tidak mahu menjawab sebaliknya
menangis teresak-esak. Saya ulangi
pertanyaan tetapi ia masih enggan
menjawab. Dia seperti menyembunyikan
sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik
tidak mahu beritahu, saya tak mahu
uruskan jenazah anak mak cik ini.
" kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah
wanita itu membuka mulutnya.Sambil
mengesat airmata, dia berkata,
"Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan
taat kepada saya. Jika dikejutkan di
waktu malam atau pagi supaya buat
sesuatu kerja, dia akan bangun dan
buat kerja itu tanpa membantah sepatah
pun. Dia memang anak yang baik.
Tapi..." tambah wanita itu lagi
"apabila mak cik kejutkan dia untuk bangun
sembahyang, Subuh misalnya, dia
mengamuk marahkan mak cik Kejutlah dia,
suruhlah dia pergi ke kedai, dalam
hujan lebat pun dia akan pergi, tapi
kalau dikejutkan supaya bangun
sembahyang, anak mak cik ini akan terus
naik angin. Itulah yang mak cik
kesalkan." kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahwa
barang siapa yang tidak sembahyang,
maka akan ditarik cahaya iman dari
wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku.
Wajah pemuda itu bukan sahaja
ditarik cahaya keimanannya, malah
diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya,
wanita tersebut meminta diri untuk
pulang. Dia berjalan dengan pantas dan
hilang dalam persekitaran yang
gelap. Kemudian saya pun memandikan,
mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke
rumah semula. Saya perlu balik
secepat mungkin kerana perlu bertugas
keesokan harinya sebagai imam di
Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz
Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari
kemudian, entah kenapa hati saya
begitu tergerak untuk menghubungi waris
mayat pemuda tersebut. Melalui nombor
telefon yang diberikan oleh Hospital
Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi
saudara Allahyarham yang agak jauh
pertalian persaudaraannya. Selepas
memperkenalkan diri, saya berkata,
"Encik, kenapa encik biarkan
orang tua itu datang ke hospital seorang diri
di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok
kalau encik dan keluarga encik yang
datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat
dengan Klang."
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia
terkejut, "Orang tua mana pula?"
katanya. Saya ceritakan tentang wanita
berkenaan, tentang bentuk badannya,
wajahnya, pertuturannya serta
pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz
katakan, perempuan itu adalah emaknya,
tapi.... emaknya dah meninggal lima
tahun lalu!" Saya terpaku, tidak
tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
Jadi 'apakah' yang datang menemui saya
pagi itu? Walau siapa pun wanita
itu dalam erti kata sebenarnya, saya
yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah
turunkan untuk memberitahu kita apa
yang sebenarnya telah berlaku hingga
menyebabkan wajah pemuda berkenaan
bertukar hitam.
Peristiwa tersebut telah terjadi lebih
setahun lalu, tapi masih segar
dalam ingatan saya. Ia mengingatkan
saya kepada sebuah hadis nabi, yang
bermaksud bahawa jika seseorang itu
meninggalkan sembahyang satu waktu
dengan sengaja, dia akan ditempatkan
di neraka selama 80,000 tahun.
Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui
kerana satu
hari di akhirat bersamaan dengan
seribu tahun di
dunia. Kalau 80,000 tahun ?
Wallahu'alam ...
Bila di dunia ada syurga,
maka itulah kehidupan rumah tangga
yang sakinah mawaddah wa rahmah.
Bila di dunia ada neraka,
maka itulah kehidupan rumah tangga
yang tak selaras & jauh dari agama.
Bahagialah mereka yang diamnya
berfikir,
Memandangnya mengambil pelajaran,
mendengarnya mengambil hikmah, dan
dalam tindakannya mengenal indahnya
ajaran Islam.
0 komentar:
Posting Komentar